top of page
KEDAI.jpg

SEJARAH KEDAI

Gerai Nasi Bajet merupakan salah satu perusahaan kecil sederhana (PKS) yang mengeluarkan produk makanan dan minuman sejak tahun 2015 di Kubang Badak, Kuala Terengganu. Pada awalnya, Gerai Nasi Bajet ini bermula dengan perniagaan roti canai secara kecil-kecilan dan sekarang telah diambil alih oleh Puan Shazlin Fazirah binti Yusoff iaitu pengasas kini yang berjaya meletakkan pelbagai jenis makanan lauk-pauk seperti Nasi Bajet, Nasi Lemak dan Nasi Minyak pada harga yang berpatutan dalam mengikut keperluan sasaran pelanggan. Nasi Lemak merupakan sajian utama yang seringkali menjadi tumpuan dan pilihan orang ramai di sekitar kawasan itu.

Shadow
Shadow

PEMILIK KEDAI

Kedai Nasi Bajet dimiliki dan diusahakan oleh Puan Shazlin Fazirah Binti Yusuff yang berumur 41 tahun serta mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Puan  Shazlin berasal dari Kelantan namun telah menetap di Selangor sekitar 12 tahun sebelum mengambil keputusan untuk berpindah ke Terengganu demi meneruskan perniagaan  keluarga suaminya.  Sebelum Puan Shazlin menjalankan perniagaan  nasi bajet, beliau bekerja sebagai pekerja kilang di Selangor. Puan Shazlin telah dikurniakan 3 orang anak lelaki yang berusia dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun. Kedai Nasi Bajet ini juga merupakan rumah kediaman bagi Puan Shazlin sekelurga. Hal I I kerana, Puan shazlin menggunakan halaman rumah sebagai tempat  beliau menjalankan perniagaan Nasi Bajet.

PEMILIK GERAI.jpg
GRABFOOD.jpg

PERKHIDMATAN

Para pelanggan yang sibuk dengan kerja atau tidak sempat untuk keluar boleh membuat pesanan secara atas talian bagi menjimatkan masa. Perniagaan ini bekerjasama dengan 'GrabFood Delivery' bagi menghantar pesanan anda. Selain itu, pelanggan juga boleh menggunakan perkhidmatan kami dengan membuat tempahan makanan bagi sesuatu majlis/program yang diadakan. Tempahan perlulah dibuat tiga hari awal sebelum majlis/program berlangsung . Terhad sebanyak 100 tempahan sahaja.

MAKLUMAT KEDAI.jpg

MAKLUMAT KEDAI

Sejak perniagaan Nasi Bajet, Kuala Terengganu beroperasi, kami memulakan perniagaan dengan menyediakan satu jenis menu iaitu nasi lemak dengan lauk- pauk yang berbeza seperti ayam dan sebagainya dan kami juga menjual ais batu kepada pelanggan. Selain itu, perniagaan kami memiliki lesen perniagaan yang telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan didaftarkan kepada SSM. Sehubungan dengan itu, kami  juga mencapai tahap kebersihan yang bersih (B) bagi kawasan perniagaan kami. Anda semua boleh mencari kedai kami yang beralamat di 7515-B, Kampung Kubang Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

IMG_6889_edited.jpg

Maklum Balas

Tahap Kepuasan
Sangat Tidak PuasSedikit PuasAgak PuasPuasSangat Puas

©2022 by NASI BAJET. Proudly created with Wix.com

bottom of page